Malaysia
Penganjur mohon maaf, dakwa majlis disko retro tidak seperti tular

Penganjur majlis bertemakan disko retro dan hippie di sebuah premis tepi Sungai Kelantan memohon maaf serta tampil menjelaskan isu yang tular baru-baru ini.
Fykaaschaa Kaka menerusi Facebook berkata, majlis itu hanya perjumpaan tertutup bersama keluarga dan rakan terdekat sempena sambutan hari lahir, bukan acara hiburan liar seperti didakwa.
Beliau menjelaskan video berjoget yang tular bukan aktiviti utama majlis berkenaan, manakala bayaran tiket hanya untuk kos makanan, sewaan dewan dan permainan.
Sebelum ini pada 8 Julai 2026, program berkenaan dilaporkan berlangsung tanpa lesen dan sedang disiasat oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) selepas menerima aduan orang awam.




