“Dah lah lawan arus, lesen pun tiada” – JPJ saman kenderaan di Bandar Mahkota Cheras

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor mengambil tindakan terhadap kenderaan yang selamba melawan arus di Jalan Bandar Mahkota Cheras pada Isnin.
Antara kesalahan yang dikesan adalah tidak mematuhi isyarat lalu lintas kerana melawan arus, tidak mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan tiada insuran.
Sebelum ini, tular perkongsian video pengguna TikTok, @daydayeric yang membunyikan hon tanpa henti selepas beberapa buah kereta yang tanpa rasa bersalah cuba memotong jalan bagi mengelak kesesakan.
Video itu mendapat reaksi orang ramai yang cukup berpuas hati selepas pengguna itu tidak langsung mahu mengalah sehingga memaksa kenderaan yang tidak bertanggungjawab itu berpatah balik.
Menurut JPJ Selangor, pihaknya sentiasa beri perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.




