Malaysia

JPJ gantung urusan tukar hak milik kenderaan secara online

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung semua perkhidmatan pertukaran hak milik kenderaan secara dalam talian berkuat kuasa hari ini, 25 Mei, susulan aduan berkaitan pertukaran pemilikan tanpa pengetahuan pemilik berdaftar.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, penggantungan itu melibatkan semua saluran digital termasuk portal awam, kiosk serta rakan niaga JPJ seperti MyEG dan eAuto Sdn Bhd.

Menurut beliau, tindakan segera itu diambil selepas pihak JPJ menerima beberapa aduan rasmi dan laporan di media sosial berhubung isu keselamatan rekod pemilikan kenderaan.

Bermula hari ini, semua urusan pertukaran hak milik bagi individu dan syarikat persendirian perlu dilakukan secara fizikal di kaunter JPJ seluruh negara.

Dalam masa sama, JPJ memaklumkan hanya transaksi di bawah Sistem Tukar Milik Sementara (STMS) melalui eAuto masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker