Amerika Syarikat tak nak tergesa-gesa buat perjanjian dengan Iran – Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata pentadbirannya tidak akan tergesa-gesa mencapai sebarang perjanjian dengan Iran walaupun rundingan damai antara kedua-dua negara menunjukkan perkembangan positif.
Menurut Trump, sekatan Amerika Syarikat terhadap kapal Iran di Selat Hormuz akan terus dikuatkuasakan sehingga satu perjanjian rasmi berjaya dicapai, disahkan dan ditandatangani.
Sebelum ini, Trump mendakwa Washington dan Tehran telah “sebahagian besarnya” merundingkan memorandum persefahaman untuk membuka semula Selat Hormuz, laluan penting yang sebelum konflik mengendalikan hampir satu perlima penghantaran minyak dan gas asli cecair dunia.
Namun, beberapa isu utama masih menjadi halangan termasuk program nuklear Iran, perang Israel-Hezbollah di Lubnan, selain tuntutan Tehran supaya sekatan ekonomi ditarik balik.




