Malaysia

MyUndi mudahkan rakyat ikuti PRN Johor 2026 secara langsung

Platform digital MyUndi kini menjadi antara rujukan utama orang ramai untuk mengikuti perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 menerusi paparan keputusan langsung, kedudukan kerusi dan liputan berkaitan pilihan raya dalam satu laman sesawang.

Laman itu turut menyediakan pelbagai maklumat termasuk keputusan keseluruhan, kedudukan kerusi terkini, kerusi tumpuan, berita serta video berkaitan PRN Johor bagi memudahkan pengundi mengikuti perkembangan semasa sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

Selain keputusan secara langsung dengan kemas kini automatik, pengguna juga boleh mendapatkan akses kepada maklumat setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), analisis serta liputan politik yang dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi platform berkenaan.

MyUndi dikendalikan oleh REV Media Group, dan boleh diakses oleh orang ramai bagi mendapatkan maklumat PRN Johor 2026 secara dalam talian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker