Dunia

21 Maut dalam tragedi tanah runtuh di Gansu, China

Seramai 21 orang maut selepas kejadian tanah runtuh melanda kawasan Rencang Village, Daerah Dangchang, Wilayah Gansu, barat laut China pada Selasa (8 Julai).

Kejadian berlaku sekitar jam 6.56 pagi dan mengorbankan mangsa selepas tanah runtuh menimbus 33 penduduk.

Menurut agensi berita Xinhua, operasi mencari dan menyelamat telah selesai pada Rabu (9 Julai) selepas pihak berkuasa mengesahkan jumlah kematian akibat tragedi itu. Pasukan penyelamat sebelum ini dikejarkan ke lokasi bagi mencari mangsa yang terperangkap.

Kerajaan tempatan turut memperuntukkan dana sebanyak 30 juta yuan (kira-kira AS$4.4 juta) untuk kerja pemulihan dan pembinaan semula kawasan terjejas akibat bencana itu.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku ketika beberapa kawasan di China dilanda cuaca ekstrem. Di Wilayah Hubei, ribut petir dan hujan lebat menyebabkan 17 orang maut, lebih 330 cedera, seorang masih hilang, selain lebih 20 rumah runtuh dan 4,800 lagi mengalami kerosakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker