Eksklusif

Kereta kabel langgar kren, 23 cedera di Alps

Seramai 23 orang cedera selepas kereta kabel melanggar kren di pusat peranginan Alpe d’Huez pada pagi Rabu, 26 Ogos. Tiga mangsa dilaporkan kritikal.

Datuk Bandar Alpe d’Huez, Jean-Yves Noyrey berkata, kira-kira 50 orang berada dalam kabin ketika kejadian pada ketinggian 2,300 meter. Kebanyakan mangsa mengalami kejutan dan gegaran otak.

Perlanggaran menyebabkan kabin condong dan penumpang tergelincir. Pengendali kemudian mengundurkan kereta kabel untuk mengembalikan kabin ke kedudukan asal.

Selain tiga mangsa kritikal, 13 lagi mengalami kecederaan serius, manakala kebanyakan mangsa dipercayai sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker