Malaysia

Sultan Selangor tangguh kebenaran solat Jumaat di pusat beli-belah

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, belum memperkenankan cadangan membenarkan surau dan di pusat beli-belah di seluruh Selangor mengadakan solat Jumaat, kata Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan masjid kekal sebagai pusat utama ibadah.

Beliau berkata, MAIS turut mengambil kira aspek pelantikan imam, bilal dan pengurusan surau bagi memastikan pelaksanaan solat Jumaat mematuhi peraturan serta pemantauan pihak berkuasa agama.

Menurutnya, hanya sebuah surau di pusat beli-belah diberi kelulusan sementara kerana tiada masjid berhampiran.

Kebenaran itu bagaimanapun akan ditarik balik sekiranya masjid dibina di kawasan berkenaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker