Malaysia
Tiga pekerja kilang ditahan, bahan produksi RM355,000 lesap

Polis menahan tiga pekerja sebuah kilang di kawasan perindustrian Pulai Jaya selepas disyaki terlibat dalam kecurian 64 gulung bahan produksi bernilai RM355,000.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, polis menerima laporan pada 7 September selepas syarikat terbabit mengesan kehilangan bahan yang digunakan dalam proses pengeluaran.
Suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 28 hingga 35 tahun. Ketiga-tiganya ditahan bagi membantu siasatan.




