Dunia

“The Moon Is Ours”, Trump cetus kontroversi

Presiden AS, Donald Trump mencetuskan perhatian selepas memuat naik gambar bulan bersama bendera AS dengan tulisan “THE MOON IS OURS” di Truth Social.

Hantaran itu bukan tuntutan rasmi kerajaan AS, namun kenyataan tersebut bercanggah dengan Outer Space Treaty 1967 yang melarang mana-mana negara menuntut bulan sebagai wilayahnya. AS turut menjadi antara negara yang terlibat dalam pembentukan perjanjian itu.

Sebelum ini, Trump turut berkongsi gambar yang dipercayai dijana AI mengenai seragam baharu Space Force AS serta mencadangkan Lake Ontario ditukar nama kepada “Lake America”.

Hantaran “The Moon Is Ours” itu kini menjadi perbualan di media sosial.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker