Malaysia

Perkhidmatan JPJ kekal lancar walaupun MyEG dan Zetrix digantung

Perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kekal berjalan lancar tanpa gangguan walaupun perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI Berhad sebagai ejen pemungut hasil JPJ digantung sejak 5 Oktober lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, orang ramai masih boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu serta membayar saman menerusi aplikasi MyJPJ seperti biasa.

Menurut beliau, ramai pengguna telah beralih kepada aplikasi MyJPJ, sekali gus memastikan urusan berkaitan JPJ terus berjalan lancar sepanjang tempoh penggantungan itu.

Penggantungan tersebut dibuat susulan kegagalan kedua-dua syarikat menyerahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM314 juta bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker