Malaysia
SPRM arah Saravanan dan keluarga isytihar harta

Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan serta isteri dan tiga anaknya akan menerima notis SPRM untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh sebulan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata notis itu akan diserahkan Isnin ini. Hanya Saravanan, isteri dan dua anaknya akan hadir kerana seorang lagi anaknya sedang belajar di London.
Saravanan sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1.097 juta.
Sementara itu, SPRM masih menunggu pengisytiharan harta bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan keluarganya selepas notis diserahkan pada 15 September lalu.




