Malaysia

159 pelajar dan kakitangan keracunan, premis makanan sekolah di Lenggong ditutup

Seramai 159 pelajar dan kakitangan sebuah sekolah berasrama penuh di Lenggong mengalami gejala keracunan makanan pada 9 September lalu, menyebabkan premis penyedia makanan diarah tutup serta-merta.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perak, Datuk A. Sivanesan berkata, arahan penutupan dikeluarkan PKD Hulu Perak selepas premis itu disyaki menjadi punca kejadian.

Kes melibatkan individu berusia 13 hingga 52 tahun, dengan gejala pertama dilaporkan pada 9 September jam 11.30 malam dan kes terakhir pada 10 September jam 1.40 petang.

Katanya, premis berkenaan ditutup bagi kerja pembersihan dan kawalan makhluk perosak selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya sekitar 78.16 peratus.

Pasukan perubatan KK Lenggong turut memberikan rawatan awal di sekolah, manakala 10 individu dirujuk ke klinik berkenaan untuk rawatan lanjut.

Kesemua mangsa dilaporkan stabil dan tiada yang dimasukkan ke wad. Sebanyak 34 sampel klinikal, 14 sampel persekitaran dan satu sampel makanan turut diambil untuk mengenal pasti punca kejadian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker