Malaysia

Diskaun tol 50 peratus sempena Krismas pada 23 dan 24 Disember 

Kerajaan melaksanakan diskaun tol 50 peratus selama dua hari, pada 23 dan 24 Disember ini, sempena sambutan Krismas bagi pengguna kenderaan persendirian.

Diskaun melibatkan kenderaan Kelas 1 (Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang) di semua plaza tol, kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LINKEDUA).

Kerajaan akan menanggung pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya dengan anggaran kos RM20.65 juta.

Langkah ini bertujuan mengurangkan kos perjalanan serta membantu melancarkan aliran trafik sempena musim perayaan dan cuti sekolah.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker