Malaysia
Salah siapa sebenarnya? Ayu minta maaf, lelaki Mesir relaks walau blok kereta sejam

Seorang wanita, Ayu Noor Siah menjadi perhatian apabila tampil memohon maaf selepas bertindak merosakkan kenderaan yang menghalang laluannya lebih sejam di Wangsa Maju.
Insiden itu tercetus apabila kereta miliknya dihalang tanpa nombor telefon, menyebabkan dia gagal keluar untuk mengambil anak, sebelum bertindak mengetuk kenderaan jenis Perodua Ativa tersebut dalam keadaan beremosi.
Bagaimanapun, situasi menjadi perdebatan apabila pemilik kenderaan warga Mesir dilihat tenang tanpa sebarang permohonan maaf, walaupun jelas melakukan kesalahan parkir.
Perkembangan itu mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen yang melihat wanita terbabit akhirnya memohon maaf, sedangkan punca insiden berpunca daripada tindakan pihak satu lagi.



