Malaysia
Ajal sehari sebelum keputusan SPM, remaja maut langgar bas

Hasrat seorang pelajar untuk melihat keputusan SPM tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan bas di persimpangan lampu isyarat Parit Jawa, Muar, semalam.
Mangsa berusia 18 tahun, yang juga anak tunggal, meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian berlaku sekitar 6.51 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja.
Siasatan awal mendapati bas dari arah Batu Pahat berhenti di lampu isyarat sebelum membelok ke kiri, namun motosikal mangsa melanggar bahagian kiri kenderaan itu.
Pemandu bas tidak cedera, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




