Malaysia

SUKMA Selangor diteruskan Ogos ini selepas perkenan Sultan Sharafuddin

Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor akan diteruskan seperti dijadualkan dari 15 hingga 24 Ogos ini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Perkenan itu diberikan selepas baginda mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu bagi membincangkan penganjuran temasya dwitahunan tersebut.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin menegaskan supaya penganjuran dibuat secara berhemah dengan langkah penjimatan kos dilaksanakan.

SUKMA tahun ini juga menjadi platform penting untuk pemilihan atlet sebelum Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA tahun depan. Taufiq bersama Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor dijadual memberi taklimat terkini kepada Sultan Sharafuddin pada Rabu ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker