Malaysia

Nahas Klang: Pemandu Myvi trauma, asyik terbayang mangsa terkulai atas kereta

Pemandu Perodua Myvi masih trauma selepas menyaksikan penunggang motosikal tercampak dan terjatuh di atas bumbung keretanya dalam nahas maut di Jalan Raya Barat, Klang, Ahad lalu.

Memetik laporan Kosmo!, lelaki yang enggan identitinya didedahkan berkata, kejadian berlaku terlalu pantas ketika dia dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang sehingga tidak menyedari apa yang berlaku pada awalnya.

Sejak insiden itu, dia mengakui sukar tidur apabila bayangan mangsa yang terkulai di cermin hadapan sering bermain di fikiran.

Dalam keadaan panik, dia memperlahankan kenderaan bagi mengelakkan mangsa terjatuh sebelum berhenti di tepi jalan, namun mangsa didapati sudah tidak bergerak.

Kejadian itu bukan sahaja meninggalkan kesan emosi mendalam, malah turut menjejaskan dirinya apabila kenderaan terlibat kini ditahan untuk siasatan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker