Malaysia

40% minyak Malaysia bergantung Selat Hormuz, Petronas dedah bekalan cukup hingga Mei

Walaupun Malaysia negara pengeluar minyak, negara tetap terjejas dengan krisis Asia Barat kerana bergantung kepada bekalan global.

Petronas menjelaskan hampir 40% import minyak negara melalui Selat Hormuz, laluan utama yang kini terjejas akibat konflik.

Selain itu, sebahagian minyak yang diproses di Malaysia juga perlu diimport kerana pengeluaran tempatan tidak mencukupi.

Apabila laluan ini terganggu, harga minyak dunia meningkat bersama kos penghantaran dan insurans, sekali gus memberi kesan kepada bekalan dan ekonomi negara.

Namun, Petronas memberi jaminan bekalan bahan api domestik masih mencukupi sekurang-kurangnya hingga Mei 2026, manakala harga runcit kekal dilindungi di bawah kawal selia kerajaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker