Malaysia

Angkatan Tentera sedia bantu FDS susulan nahas helikopter

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia membantu meneruskan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sarawak susulan nahas helikopter di Long Lellang, Baram pada 8 September lalu.

Nahas itu mengorbankan lima individu, termasuk juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham serta empat anggota perubatan iaitu Dr Ainul Baraah Kamarudin, Debra Moset, Jessie Paya Jok dan Alexson Adit Henry.

FDS di Sarawak kini digantung sementara bagi membolehkan siasatan dan penilaian keselamatan dijalankan. Bagaimanapun, perkhidmatan pemindahan kecemasan atau MEDEVAC masih diteruskan.

ATM turut bersedia menyediakan aset udara bagi membantu KKM memastikan penduduk di kawasan pedalaman Sarawak terus mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker