Malaysia

Remaja 15 tahun bebas pertuduhan bunuh, disahkan tidak waras

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun daripada pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, tahun lalu.

Hakim Adlin Abdul Majid membuat keputusan itu selepas pembelaan berjaya membuktikan remaja terbabit tidak waras ketika kejadian, sekali gus membolehkan Seksyen 84 Kanun Keseksaan diguna pakai.

Peguamnya, Kitson Foong berkata, pakar psikiatri Dr Ian Lloyd dari Hospital Bahagia Ulu Kinta mengesahkan remaja berkenaan menghidap skizofrenia. Sepanjang perbicaraan, pendakwaan memanggil 11 saksi manakala pembelaan mengemukakan dua saksi.

Mahkamah turut memerintahkan remaja itu dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta untuk rawatan, termasuk ubat dan kaunseling, sebelum penilaian lanjut dibuat mengenai kesediaannya untuk kembali kepada masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker