MalaysiaSukan

PNAGS 2026 jelajah 14 negeri, saring lima wakil amatur ke pentas dunia

Perodua National Amateur Golf Series (PNAGS) 2026 membuka tirai di Templer Park Country and Golf Club, Rawang pada Khamis, menandakan bermulanya jelajah edisi keenam kejohanan golf amatur berprestij negara.

Tahun ini, PNAGS akan menjelajah 14 negeri dengan setiap lokasi menganjurkan satu pusingan kelayakan sebelum menghimpunkan pemain terbaik di World Amateur Golfers Championship (WAGC) di Desaru Coast, Johor pada Oktober 2026.

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata setiap 45 negara yang bertanding di WAGC akan menghantar sekitar lima peserta, dan penganjuran PNAGS diyakini memberi manfaat besar kepada negara selain memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi sukan pelancongan sempena Visit Malaysia 2026.

Kejohanan ini terbuka kepada pemain amatur berusia 18 tahun ke atas, sekali gus menjadi platform penting memperkasa komuniti golf amatur tanah air.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker