Malaysia
Hamzah Zainudin dipecat daripada Bersatu

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta menerusi surat dikeluarkan Lembaga Disiplin.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, ketua pembangkang itu didapati melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti.
Beliau bagaimanapun diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada lembaga rayuan.
Pemecatan itu berlaku ketika parti berdepan kemelut kepimpinan antara Hamzah dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Lembaga Disiplin, Radzi Manan menandatangani surat berkenaan, manakala seorang sumber Majlis Tertinggi mengesahkan ketulenannya.




