Malaysia

Panas melampau: Kedah, Perlis laksana solat Istisqa’ mohon hujan rahmat

Kedah dan Perlis melaksanakan solat sunat Istisqa’ hari ini bagi memohon hujan susulan cuaca panas melampau dan kemarau yang melanda.

Di Kedah, solat diadakan serentak di seluruh daerah dengan kehadiran ribuan jemaah selepas beberapa kawasan mencatat suhu tinggi hingga 37 hingga 40 darjah Celsius.

Di Perlis, kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat tersebut, termasuk kepimpinan negeri, sebagai usaha memohon rahmat hujan ketika negeri itu berdepan kekurangan air.

Langkah ini diambil sebagai pendekatan kerohanian bagi menangani kesan cuaca ekstrem yang turut memberi impak kepada kesihatan dan aktiviti harian penduduk.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker