Public Mutual umum pengagihan lebih RM113 juta bagi empat dana

Public Mutual Bhd, anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd dan pengurus unit amanah swasta terbesar di Malaysia, mengumumkan pengagihan lebih RM113 juta kepada pemegang unit bagi empat dana terpilih.
Antara dana yang terlibat ialah Public Islamic Bond Fund dengan pengagihan 5.00 sen sesaham dibayar tahunan, Public e-Ataraxia Mixed Asset Fund sebanyak 1.00 sen sesaham secara sampingan.
Public Islamic Dividend Fund sebanyak 0.50 sen sesaham dibayar separuh tahunan, dan PB Asia Real Estate Income Fund sebanyak 0.40 sen sesaham dengan bayaran tahunan.
Setakat ini, Public Mutual mengurus lebih 180 dana unit amanah serta sembilan dana di bawah Skim Persaraan Swasta (PRS), memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju industri pengurusan dana tempatan.




