Malaysia
Individu sebar dakwaan diesel ke Filipina disiasat MCMC

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berkaitan dakwaan penghantaran 329,000 tong diesel ke Filipina.
Sebelum ini, kerajaan dan Petronas menafikan dakwaan tersebut, menjelaskan penghantaran itu melibatkan urus niaga syarikat asing di Pengerang, Johor.
Peranti komunikasi dipercayai digunakan turut disita bagi membantu siasatan, yang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
MCMC memaklumkan setakat ini 47 kertas siasatan dibuka melibatkan penyebaran maklumat palsu berkaitan krisis tenaga, termasuk isu harga bahan api, tarif elektrik dan subsidi. Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat.




