Karnival Premium MYFutureJobs 2026 di KLCC bermula Sabtu depan

Karnival Premium MYFutureJobs 2026 akan berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 April ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula 9 pagi hingga 4 petang.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selaku penganjur memaklumkan karnival itu menghimpunkan pelbagai syarikat terkemuka dari pelbagai sektor, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada pencari kerja dan profesional.
Antara majikan utama yang mengambil bahagian termasuk CIMB, HSBC, PwC, Lenovo, Denso, Sunway, Bank Islam, Media Prima, KPJ Healthcare, UOA Group, IJM Corporation, Berjaya Corporation, Tropicana Corporation, Tan Chong Group, Mah Sing, serta Habib Group.
Selain itu, turut serta syarikat dan agensi lain seperti PNB Merdeka Ventures, BSN, MIMOS, PUSPAKOM, UMW, Alam Flora, Pharmaniaga, PTTEP, Hartalega, Boustead Properties dan Singtel.
Orang ramai digalakkan mendaftar lebih awal melalui laman web rasmi MYFutureJobs bagi melancarkan proses penyertaan.






