Malaysia

Pemandu rempuh pejalan kaki hingga parah di Taman Muda diburu polis

Polis menggesa pemandu sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan dengan pejalan kaki di Jalan Bunga Mawar, Taman Muda tampil bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira 12.39 tengah malam, mangsa yang melintas berhampiran lintasan pejalan kaki dirempuh kenderaan dari arah kanan sebelum tercampak ke tengah jalan dan mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata mangsa dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan, yang dijalankan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker