Malaysia
Lebih 413,000 calon SPM ‘tak lena tidur’ malam ini

Lebih 413,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dijangka berdebar menanti keputusan yang akan diumumkan esok (31 Mac), seawal jam 10 pagi.
Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan seramai 413,299 calon menduduki peperiksaan itu di lebih 3,350 pusat seluruh negara.
Keputusan boleh disemak bermula 31 Mac, jam 10 pagi hingga 6 April, jam 6 petang melalui beberapa kaedah:
- Di sekolah – Calon sekolah boleh hadir terus ke sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.
- Secara dalam talian – Layari portal rasmi MyGovernment dan masukkan maklumat diperlukan untuk semakan penuh.
- Melalui SMS – Taip: SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Calon persendirian pula boleh mendapatkan keputusan melalui Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar.




