Mesyuarat Khas esok muktamadkan pemberian 40 peratus kepada Sabah – PM

Mesyuarat Khas Jemaah Menteri esok akan memuktamadkan sama ada kerajaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian khas 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, mesyuarat itu hanya menumpukan perbincangan mengenai langkah susulan keputusan mahkamah tersebut, manakala isu rombakan Kabinet tidak termasuk dalam agenda.
Keputusan akhir akan dibuat selepas mendengar penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara dan Jemaah Menteri.
Terdahulu, bekas Presiden Persatuan Undang-undang Sabah, Roger Chin, mendesak Putrajaya menjelaskan jumlah hasil sebenar dikutip daripada Sabah serta butiran bayaran semula di bawah Perkara 112C.
Beliau menegaskan perbelanjaan asas seperti pendidikan, kesihatan dan keselamatan tidak boleh dianggap sebahagian daripada geran khas 40 peratus kepada negeri itu.




