Malaysia
“Saya akan didakwa di mahkamah esok atas kesalahan yang tidak saya lakukan,” – Saravanan

Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dijangka didakwa di mahkamah esok, 28 Ogos, berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai urusan pengambilan pekerja asing.
Saravanan bagaimanapun menafikan sebarang salah laku ketika menerajui kementerian itu dan menegaskan beliau tidak melakukan kesalahan.
Sebelum ini, beliau turut menafikan terlibat dalam siasatan SPRM berhubung isu berkenaan.
Menurut laporan, Saravanan telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa terdapat saksi yang dipaksa atau ditekan untuk mengaitkannya dengan kes tersebut.
Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC dijangka hadir ke mahkamah esok bagi menghadapi pertuduhan.




