Malaysia
Inkues: Zara Qairina dituduh curi wang sehari sebelum tidak sedarkan diri

Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir didakwa mencuri wang tunai sehari sebelum ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolahnya.
Seorang pelajar dilaporkan kehilangan RM300 bersama kad bank pada 15 Julai lalu sebelum menuding Zara sebagai suspek.
Aduan itu kemudiannya disampaikan kepada pelajar tingkatan empat yang bertindak sebagai penjaga asrama.
Susulan tuduhan tersebut, pelajar tingkatan satu itu dipercayai dipanggil untuk berdepan perjumpaan rahsia dikenali sebagai ‘MA’.
Keesokan harinya, Zara ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia.




