Malaysia

Keberanian 7 pemuda selamatkan mangsa lemas di Tasik Biru raih perhatian PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada tujuh pemuda yang menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, seorang wanita berusia 40-an bersama dua anak perempuannya berusia tiga dan enam tahun terperangkap selepas kenderaan dinaiki terjunam ke dalam tasik.

Jeritan mangsa mendorong kumpulan pemuda berkenaan terjun ke dalam air dan berjaya menyelamatkan ketiga-tiga mereka sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Anwar menyifatkan tindakan berani itu sebagai mencerminkan nilai kemanusiaan tinggi dan mendoakan mangsa diberikan kesembuhan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker