Malaysia
KPM tambah 32 jam waktu pembelajaran Matematik di sekolah rendah

Kementerian Pendidikan akan menambah waktu pembelajaran Matematik di sekolah rendah kepada 608 jam bagi tempoh enam tahun bermula Kurikulum Persekolahan 2027.
Ketika ini, jumlah jam pengajaran Matematik hanya 576 jam, yang dilaporkan antara paling rendah di rantau Asia Tenggara.
Penambahan 32 jam itu bertujuan memberi lebih masa kepada murid memahami konsep dan mengukuhkan penguasaan asas.
Di bawah pelaksanaan baharu, waktu pembelajaran ditetapkan kepada 3.5 jam seminggu bagi Tahap 1 dan 3 jam seminggu bagi Tahap 2 dan Tahap 3.
Langkah ini dibuat susulan kebimbangan bahawa tempoh sedia ada terlalu rendah dan boleh menjejaskan usaha memperkukuh pendidikan STEM di peringkat awal.




