Di sebalik tirai besi: “Kalau di luar, belum tentu boleh dapat keputusan SPM seperti ini”

Di sebalik tembok penjara, enam calon SPM dari Sekolah Integriti Penjara Marang membuktikan pendidikan tetap jadi keutamaan apabila seorang meraih 4A manakala lima lagi lulus semua subjek.
Menurut Ikmal (bukan nama sebenar), 22 tahun yang telah meninggalkan alam persekolahan sejak usia 16 tahun tidak menyangka memperoleh keputusan 4A dimana keputusan itu tidak mungkin dicapai jika berada di luar.
Manakala seorang lagi Izzat (bukan nama sebenar) berusia 23 tahun menyifatkan kejayaan lulus SPM sebagai sesuatu yang tidak pernah disangka.
Mereka kini bertekad menggunakan keputusan tersebut sebagai bekalan hidup selepas bebas, selain mahu membuktikan masih mampu berjaya seperti pelajar lain.
Dalam perkembangan sama, keputusan SPM Terengganu turut mencatat peningkatan dengan gred purata negeri lebih baik berbanding kebangsaan, sekali gus menjadi pencapaian terbaik dalam tempoh 10 tahun.




