Kanak-kanak 5 tahun masuk Darjah Satu tamat sekolah usia 16 tahun – KPM

Kanak-kanak yang memasuki Tahun Satu pada usia enam tahun (5+) bagi sesi 2027 dijangka menamatkan pendidikan menengah atas pada usia 16 tahun.
Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan murid terlibat tetap mengikuti struktur sedia ada iaitu enam tahun sekolah rendah dan lima tahun sekolah menengah, tanpa perlu mengulang Tahun Satu.
Kemasukan awal ini bersifat sukarela, tertakluk kepada kesediaan kanak-kanak yang telah mengikuti prasekolah pada usia lima tahun serta lulus saringan diagnostik yang ditetapkan.
Bagi memastikan kualiti pembelajaran, Kurikulum Persekolahan 2027 disesuaikan dengan tahap kognitif murid, disokong penambahan bilik darjah melalui Sistem Binaan Berindustri (IBS) serta jaminan bekalan guru mencukupi melalui program latihan dan pelantikan kontrak.
Dasar ini bertujuan memberi fleksibiliti kepada kanak-kanak yang mencapai tahap kesediaan akademik lebih awal untuk memulakan persekolahan formal sebelum usia tujuh tahun.




