Anugerah Seri Angkasa kembali lagi, 62 kategori dipertandingkan

Kementerian Komunikasi mengumumkan pencalonan bagi Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA) edisi ke-37 akan dibuka bermula 4 hingga 22 Jun ini. Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching pada Isnin sempena pelancaran pencalonan anugerah berprestij industri penyiaran negara.
Menurut kementerian, ASA 2026 membawa tema “Segalanya bermula di sini” yang menggambarkan perkembangan industri penyiaran Malaysia daripada era radio sehingga ke dunia digital.
Sebanyak 62 kategori dipertandingkan tahun ini melibatkan 40 kategori televisyen, 17 kategori radio, tiga kategori media baharu dan dua anugerah khas.
Antara kategori yang kembali dipertandingkan ialah pengulas radio terbaik. Bagi kategori media baharu pula, pencalonan melibatkan drama mikro, video pendek dan podcast terbaik.
Semua pencalonan perlu dikemukakan menerusi organisasi penyiaran berlesen, manakala kandungan yang dicalonkan mestilah pertama kali disiarkan antara 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2025.




