Malaysia

Ong Kian Ming keluar DAP, tak bertanding GE16

Ong Kian Ming mengumumkan keluar daripada DAP selepas 14 tahun bersama parti itu. Keputusan itu dibuat pada 31 Ogos lalu dan berkuat kuasa serta-merta.

Bekas Ahli Parlimen Bangi itu berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik lain dalam masa terdekat dan tidak bercadang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 atau GE16.

Bagaimanapun, Ong berkata beliau masih mahu menyumbang kepada negara melalui podcast, kerja penasihat dan aktiviti lain di luar politik pilihan raya.

Dalam perkembangan sama, Ong turut berjanji akan membantu Khairy Jamaluddin berkempen pada GE16 sekiranya Khairy diberi peluang untuk bertanding.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker