Malaysia

Takut rambun beruban? Ia mungkin pencegah kanser – Kajian

Penyelidik dari Universiti Tokyo mendapati rambut beruban sebenarnya mungkin berfungsi sebagai mekanisme pertahanan badan untuk mencegah kanser kulit berbahaya, terutama melanoma.

Kajian yang diterbitkan dalam Nature Cell Biology itu menunjukkan sel stem yang menghasilkan warna rambut, dikenali sebagai melanocyte stem cells (McSCs), akan berhenti berfungsi apabila DNA mereka mengalami kerosakan serius.

Tindakan ini menghalang sel tersebut daripada berubah menjadi sel kanser, menjadikan rambut beruban sebagai kos percuma bagi melindungi tubuh.

Kajian itu juga menemui peranan molekul stem cell factor (SCF) yang boleh menghalang proses perlindungan semula jadi tersebut apabila aktif, menyebabkan sel berisiko terus hidup.

Para penyelidik percaya penemuan ini menjelaskan hubungan rapat antara penuaan, tekanan sel dan pencegahan kanser, serta memberi gambaran bahawa uban bukan sekadar tanda usia tetapi mungkin bukti bahawa tubuh sedang melindungi diri daripada penyakit berbahaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker