
Kandungan media sosial pasukan McLaren F1 yang mengetengahkan lokasi menarik dan budaya Malaysia mendapat perhatian ramai sejak berada di negara ini sempena minggu perlumbaan.
Menerusi beberapa hantaran, McLaren berkongsi video sekitar Kuala Lumpur termasuk Batu Caves, Central Market dan Pasar Seni, selain memaparkan suasana bandar pada waktu malam.
Pasukan itu turut berkongsi pengalaman peminat tempatan memperkenalkan makanan dan budaya Malaysia, termasuk mencuba durian.
Kandungan itu dipuji netizen kerana secara tidak langsung mempromosikan Malaysia kepada pengikut antarabangsa dan dianggap lebih menarik berbanding promosi pelancongan biasa.




