Kes rogol pelajar: Rakam aksi di bilik darjah, ladang sawit atas dasar suka sama suka
Penahanan empat remaja, termasuk tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sekolah di Baling kerana disyaki merogol seorang pelajar di bawah umur mendapati kejadian rogol dipercayai berlaku di lokasi berasingan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, mengesahkan mangsa menjalinkan hubungan seksual secara berasingan dengan keempat-empat suspek sekitar April lalu termasuk dalam kelas pada waktu petang dan ladang kelapa sawit.
Menurut beliau, salah seorang suspek yang berusia 17 tahun adalah teman lelaki mangsa dan walaupun perbuatan ini dilakukan atas dasar suka sama suka, kes ini tetap disiasat sebagai rogol di bawah umur.
Polis turut merampas telefon bimbit dan mendapati wujudnya video seksual mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan (Rogol Berkumpulan) dan Seksyen 8 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Penyebaran Pornografi Kanak-Kanak).




