Malaysia
3.45 juta pelawat China masuk Malaysia, hanya 418 salah guna pas lawatan

Malaysia merekodkan 3.45 juta ketibaan pelawat dari China sehingga 30 September lalu, dengan 871 individu ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
Daripada jumlah itu, 418 ditahan kerana menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja atau berniaga secara tidak sah bersamaan hanya 0.013 peratus daripada keseluruhan pelawat.
Pada tahun 2024, sebanyak 3.95 juta pelawat China direkodkan, dengan 1,009 tangkapan atas kesalahan sama, termasuk 309 kes penyalahgunaan PLS (0.008 peratus).
Kerajaan menegaskan tindakan tegas diambil terhadap warga asing yang masuk sebagai pelancong tetapi menjalankan aktiviti ekonomi tanpa kebenaran, selaras dengan peruntukan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.




