Malaysia

KPKT komited laksana projek RM4 bilion tanpa rasuah, salah guna kuasa

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjadikan nilai amanah dan kerja berpasukan sebagai teras pelaksanaan peruntukan hampir RM4 bilion bagi projek kesejahteraan rakyat tahun ini.

Menterinya, Nga Kor Ming, menegaskan semua projek perlu dilaksanakan dengan integriti tinggi tanpa rasuah atau salah guna kuasa.

Peruntukan itu merangkumi pembangunan prasarana seperti taman awam, pasar, kemudahan komuniti serta pelbagai inisiatif pihak berkuasa tempatan (PBT) yang memberi kesan langsung kepada kualiti hidup rakyat.

Beliau turut menekankan kejayaan pelaksanaan projek bergantung kepada kerjasama semua peringkat perkhidmatan awam dan menolak budaya bekerja secara silo, bagi memastikan setiap inisiatif dilaksanakan dengan berkesan dan memberi manfaat sebenar kepada rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker