Malaysia

“Nyawa dibalas nyawa”- Isteri mangsa nahas Klang lega pemandu mabuk didakwa

Isteri kepada mangsa nahas di Klang, Nurul Nadia Abdul Majid menuntut hukuman setimpal terhadap pemandu terlibat, sambil menegaskan keadilan perlu ditegakkan atas kehilangan suaminya.

Nurul Nadia Abdul Majid meluahkan rasa sedikit lega apabila suspek didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh, berbanding kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

Namun, menurutnya, hukuman penjara semata-mata tidak mencukupi kerana suaminya, Amirul Hafiz Omar merupakan pencari nafkah utama keluarga.

Mangsa ketika kejadian dilaporkan dalam perjalanan membeli buku sekolah anak sebelum maut dirempuh kenderaan dipandu suspek yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Kejadian itu meninggalkan tiga anak kecil berusia antara dua hingga sembilan tahun, dengan isteri mangsa turut merancang mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker