Dunia
Indonesia umum WFH setiap Jumaat, jimat kos RM14 bilion

Kerajaan Indonesia mengumumkan dasar bekerja dari rumah (WFH) setiap Jumaat bermula 10 April, dengan sasaran mengurangkan kos hidup rakyat dan menjimatkan penggunaan bahan api sehingga RM14 bilion.
Langkah ini diperkenalkan susulan tekanan krisis tenaga global, dengan pelaksanaan awal melibatkan penjawat awam, manakala sektor swasta akan menyusul mengikut kesesuaian industri.
Dasar itu dijangka mengurangkan pergerakan harian, sekali gus menurunkan penggunaan petrol dan kos operasi, selain membantu kerajaan menjimatkan subsidi tenaga.
Namun, perkhidmatan penting seperti kesihatan, keselamatan serta sektor strategik termasuk pengangkutan, logistik dan kewangan tetap beroperasi seperti biasa.




