Dunia
Greenland jadi tumpuan, AS rancang buka dua pangkalan tentera

Amerika Syarikat (AS) dilaporkan merancang membuka semula dua pangkalan tentera di Greenland bagi memperkukuh keselamatan di kawasan Artik.
Pangkalan itu akan dibuka di Narsarsuaq di selatan Greenland dan Mestersvig di pantai timur yang kini digunakan unit rondaan tentera Denmark.
AS, Denmark dan Greenland dijangka menandatangani perjanjian itu di New York, hari ini, namun butirannya masih belum didedahkan.
Langkah itu dibuat ketika AS meningkatkan tumpuan terhadap keselamatan Artik, selepas Presiden Donald Trump sebelum ini menyatakan hasrat untuk menguasai Greenland.



