Tujuh balai gagal Kelantan capai KPI tangkap penagih setiap hari

Tujuh daripada 56 balai polis di Kelantan gagal mencapai sasaran menangkap sekurang-kurangnya seorang penagih dadah setiap hari.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, dua ketua balai sudah menerima surat teguran kerana gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) berkenaan.
Beliau berkata, pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan akan diturunkan ke kawasan balai yang gagal merekodkan tangkapan dalam tempoh seminggu. Jika pasukan IPK berjaya membuat tangkapan, ketua balai berkenaan boleh dikenakan tindakan.
Menurut Mohd Yusoff, pencapaian setiap balai dipantau setiap minggu dan ketua balai yang gagal diberi tempoh untuk memperbaiki prestasi. Beliau berkata perkara itu akan dinilai selepas tempoh rintis tiga bulan, termasuk mengenal pasti punca balai gagal mencapai sasaran.




