Malaysia

Tindakan isu RCI Tabung Haji mesti ikut proses – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang tindakan susulan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji perlu dibuat mengikut proses undang-undang dan pentadbiran yang ditetapkan.

Anwar berkata beliau tidak mempunyai halangan untuk laporan akhir RCI itu didedahkan kepada umum, namun perkara tersebut perlu dibawa melalui saluran yang betul termasuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Sebelum ini, laporan RCI Tabung Haji ditangguhkan kerana kerajaan mahu memastikan proses pemulihan institusi itu berjalan lancar dan mengelakkan kebimbangan dalam kalangan pendeposit. Anwar berkata keadaan Tabung Haji kini lebih stabil selepas beberapa langkah pemulihan dilaksanakan.

Kerajaan kini sedang meneliti langkah seterusnya sebelum laporan itu dibentangkan dan didedahkan kepada rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker