Malaysia

Bajet 2027 mungkin bawa berita baik soal gaji – Ramanan

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, memberi bayangan bahawa Belanjawan 2027 mungkin membawa berita baik berkaitan kenaikan gaji.

Beliau berkata perkara itu masih dalam pertimbangan dan perkembangan lanjut dijangka diketahui menerusi pembentangan Belanjawan 2027.

Kenyataan itu dibuat hari ini di Putrajaya, ketika mengulas mengenai kemungkinan langkah berkaitan gaji yang boleh memberi manfaat kepada pekerja.

Ramanan bagaimanapun tidak memperincikan bentuk atau jumlah kenaikan yang mungkin diumumkan. Belanjawan 2027 akan menjadi tumpuan khususnya dalam melihat langkah kerajaan berkaitan pendapatan dan kebajikan pekerja

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker