Malaysia
Bantuan M40 dan dana sekolah jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu bantuan kepada golongan M40, peruntukan Sekolah MADANI dan Kampung Angkat MADANI antara perkara yang dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.
Datuk Adnan Abu Hassan meminta penjelasan mengenai bantuan kepada golongan M40 yang terkesan dengan kos sara hidup, manakala Datuk Dr Richard Rapu @ Aman anak Begri mahu perincian peruntukan RM50 juta bagi Sekolah MADANI dan RM200 juta bagi Kampung Angkat MADANI.
Selain itu, Hassan Saad akan membangkitkan keberkesanan program pelancongan dalam menangani aduan harga melampau.
Persidangan turut dijadual membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 selepas sesi soal jawab.




